Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Bersempena bulan Ramadan dan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (RBTS) mengadakan tawaran terbaik bagi permainan paintball di Paintball Arena RBTS, Jerudong.
Tawaran ini memberikan harga menarik yang termasuk penggunaan Marker, yuran permainan dan 100 pelet. Selain itu, pemain baharu yang ingin mendaftar dengan Paintball RBTS hanya akan membayar yuran rendah untuk pendaftaran seumur hidup.
Promosi ini adalah untuk meningkatkan sukan paintball di Negara Brunei Darussalam dan mengenal serta memperkembangkan lagi kemahiran peserta-peserta tempatan dalam permainan paintball sambil berseronok bersama keluarga.
Tawaran ini sah bermula 19 Mei hingga 30 Jun 2018 dan para pelanggan paintball dinasihatkan untuk membuat tempahan awal bagi permainan pilihan pagi atau malam.
