Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran hebat untuk pemegang kad StanChart

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Pemegang Kad Kredit Standard Chartered (StanChart) akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik setiap bulan dalam Kempen Kad Kredit Sepanjang Tahun The Good Life bank tersebut.

    Bank berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, untuk peluang memenangi hadiah berkenaan, pelanggan hanya perlu membuat pembelian dalam jumlah minimum secara kumulatif menggunakan kad kredit StanChart di mana-mana rakan kongsi The Good Life, sepanjang tempoh kempen yang berlangsung sepanjang tahun ini.

    Ini adalah tambahan kepada kempen kad kredit, Million Miles dengan StanChart di mana pemegang kad juga akan mendapat peluang untuk memenangi satu juta Royal Skies Miles atau 30 hadiah sagu hati berupa 6,500 Royal Skies Miles.

    Pada bulan ini, pemegang kad akan berpeluang memenangi sepasang Apple AirPods Pro sementara itu Februari menawarkan iPad Apple dan pada Mac pula pemenang akan membawa pulang Apple Watch.

    Manakala itu, hadiah-hadiah untuk baki bulan seterusnya akan diumumkan dalam beberapa bulan akan datang.

    Ketua Produk Runcit dan Digital, Aisah Razali dipetik berkata, pelanggan yang berminat yang memohon kad kredit StanChart dari sekarang hingga penghujung April dan membelanjakan jumlah minimum dengan kad kredit baharu mereka semasa tempoh promosi akan layak mendapat bagasi American Tourister untuk 100 pelanggan pertama.

    Selain itu pemohon kad kredit baharu bank berkenaan juga berhak mendapat pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda