BANDAR SERI BEGAWAN, 27 April – Bank Baiduri menawarkan promosi menarik kepada semua pelanggan yang memindahkan pinjaman mereka ke bank tersebut sehingga Jun ini.
Promosi berkenaan merupakan langkah inovatif dan menarik bagaimana Bank Baiduri membantu pelanggan semasa dan masa depan bagi membolehkan mereka menyimpan lebih banyak daripada pembayaran balik bulanan mereka.
Kempen ‘Lebih Simpanan untuk Anda’ mempunyai ciri eksklusif seperti proses pemindahan pinjaman mudah dan kadar faedah menarik, ditambah dengan rebat khas kepada pelanggan yang berjaya memindahkan pinjaman ke bank tersebut.
Pemohon yang berjaya memindahkan pinjaman peribadi mereka akan menikmati kadar faedah efektif, kelulusan pantas, pengecualian yuran pemprosesan, rebat tunai dan subsidi dari jumlah pinjaman yang telah diluluskan.
Untuk memohon, orang ramai hanya perlu membuat kunjungan di mana-mana cawangan Bank Baiduri dan menemui kakitangan-kakitangan bank tersebut yang sedia membantu.