Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran menarik Bank Baiduri sempena pesta pelancong

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Bank Baiduri akan menjadi bank rasmi bagi Pesta Pelancongan Brunei Sabre 2019 yang bakal berlangsung selama dua hari bermula 3 Ogos ini di pusat membeli-belah di Sungai Hanching.

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Perbankan Runcit dan Rangkaian Cawangan Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha dalam kenyataan yang dikeluarkan dipetik sebagai berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama lagi dengan Sabre, syarikat teknologi pelancongan terkemuka, bagi acara yang sangat dinanti-nanti ini.

    “Sebagai bank rasmi bagi Pesta Pelancongan Brunei selama 15 tahun, objektif kami setiap tahun adalah untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang lancar dan terjamin bagi para pengunjung Pesta Pelancongan Brunei,” tambah beliau.

    Beliau menjelaskan, bagi kemudahan, setiap petak disediakan dengan terminal-terminal kad POS (Point of Sale) terkini bank berkenaan yang membolehkan pembayaran tanpa sentuhan dan Bank Baiduri menawarkan penerimaan jenama kad paling meluas dan menyokong transaksi daripada jenama-jenama kad utama seperti Visa, MasterCard, American Express dan UnionPay.

    Menurut kenyataan berkenaan, pelbagai pilihan tambang penerbangan dan percutian akan terdapat semasa pesta pelancongan tersebut dan Bank Baiduri akan menawarkan faedah-faedah eksklusif pemegang kad mereka.

    Pemegang kad Baiduri yang berbelanja $300 ke atas menggunakan kad-kad mereka pada acara itu layak untuk membuat cabutan segera dan jaminan hadiah berupa 500 Royal Skies miles. Manakala itu, 50 pemegang kad terawal yang membelanjakan $800 setiap hari dalam satu resit akan layak menerima bagasi kabin American Tourister Troy.

    Selain itu, setiap pembelian menggunakan kad-kad Baiduri di pesta berkenaan akan mendapat tiga kali ganda peluang dalam Cabutan Bertuah Sabre dan satu peluang dalam Travel & Win Lucky Draw yang turut menawarkan hadiah-hadiah termasuk 25,000 Royal Skies miles dan bagasi kabin Samsonite.

    Bagi mereka yang ingin mendaftar bagi kad kredit Baiduri pula, mereka akan mendapat pengecualian bayaran tahunan selama tiga tahun apabila mendaftar semasa acara dua hari berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda