Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai tawaran, promosi dan ganjaran yang menarik daripada Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) semasa Pesta Pelancongan Brunei Sabre 2019 yang akan berlangsung di kompleks membeli-belah di Sungai Hanching bermula esok.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, hari ini, pesta pelancongan selama dua hari itu memberikan peluang kepada para pengunjung untuk membuat pembelian dan tempahan pakej serta tawaran percutian yang menarik di bawah satu bumbung.
Semasa pesta itu, para pengunjung boleh merebut peluang untuk melanggan dan menyertai BIBD Aspirasi iaitu skim simpanan yang memberikan ganjaran bagi simpanan mereka di mana mereka boleh menerima hadiah tabung duit syiling digital apabila mereka mendaftar serta melanggan untuk skim berkenaan.
Di samping itu, para pengunjung juga boleh memanfaatkan pengecualian yuran 100 peratus bagi produk pembiayaan peribadi baharu termasuk pembiayaan penyatuan, pembaikan rumah dan pembiayaan pendidikan di mana pelanggan baharu akan menerima hadiah botol minuman BIBD.
Sementara itu, bagi permohonan kad kredit BIBD yang baharu, mereka boleh menikmati pengecualian yuran tiga tahun dan juga menerima hadiah berupa pen laser BIBD.