Oleh Wani Roslan
Gambar oleh Bahyiah Bakir
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Ramai pelanggan yang tidak melepaskan peluang mengunjungi Bilik Pameran BMW di Beribi bagi Ekstravanganza Akhir Tahun QAF Auto yang menawarkan tawaran-tawaran eksklusif bagi pelbagai model BMW dan MINI.
Acara dua hari bermula kelmarin itu turut menawarkan berbagai-bagai aksesori dan barangan BMW dan MINI asli dengan diskaun sehingga 70 peratus termasuk bagasi, pakaian, gelas, produk-produk penjagaan kereta, payung dan lain-lain.
Di samping itu, acara berkenaan juga dimeriahkan lagi dengan permainan-permainan dan aktiviti menyeronokkan termasuk mewarna bagi kanak-kanak, membuat lilin wangi dan pondok gambar.
Turut hadir pada acara berkenaan ialah Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo.



