Wednesday, November 20, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran Pengambilan Pelajar Baharu ITQSHHB dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Tawaran Pengambilan Pelajar Baharu (Peringkat Menengah Tahun 7), Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) bagi Sesi 1445H/2024M mula dibukakan hari ini hingga 19 Ogos depan.

    Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) menjelaskan, para pemohon yang ingin mengikuti pengajian selaku pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat termasuk rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap, dan bagi yang bukan rakyat (ibu atau bapa yang bertugas di jabatan kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan di Negara Brunei Darussalam) juga boleh memohon dengan menghadapkan Surat Permohonan Khas kepada Lembaga ITQSHHB melalui pengetua institut.

    Umur pemohon mestilah tidak melebihi 14 tahun pada 1 Januari 2024 atau berada dalam Tahun 6 pengajian di sekolah-sekolah kerajaan atau swasta pada 2023.

    Pemohon juga mestilah lulus dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat C dalam semua mata pelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) atau yang setaraf dengannya, lulus temu duga hafazan Al-Quran yang dijalankan di ITQSHHB, berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian, mematuhi peraturan-peraturan institut dan penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga ITQSHHB.

    Borang tawaran bolehlah diperolehi di Pejabat Pentadbiran ITQSHHB atau dimuat turun melalui laman sesawang KHEU iaitu www.kheu.gov.bn atau melalui aplikasi Telegram, ITQSHHB RASMI.

    Borang yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan terus ke institut berkenaan bermula 10 Ogos dan tidak lewat 19 Ogos semasa waktu pejabat iaitu 8:30 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 4 petang, ke alamat Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Simpang 175, KM 2 Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan BA2112, Negara Brunei Darussalam.

    Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 2222090, 2222093 atau 2222096 sambungan 229 dan 230, SMS di talian 8165297, dan e-mel ke pendaftaran@itqshhb.edu.bn.

    Borang-borang hendaklah dihantar tanpa menunggu keputusan PSR dan salinan keputusan bolehlah dihantar ke ITQSHHB sebaik sahaja keputusan diumumkan.

    Gambar Freepik.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda