Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tawaran pengambilan pelajar baharu ITQSHHB dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Tawaran pengambilan pelajar baharu bagi Peringkat Menengah Tahun 7 Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) bagi Sesi 1446 Hijrah/2025 Masehi telah dibukakan bermula hari ini hingga 3 Ogos.

    ITQSHHB dalam kenyataannya memaklumkan bahawa borang permohonan boleh didapati secara dalam talian melalui pautan https://kemasukanitq2025.my.canva.site/.

    Antara syarat yang diperlukan ialah pemohon hendaklah terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap.

    Sementara bagi yang bukan rakyat tetapi ibu atau bapa bertugas di jabatan-jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan di Negara Brunei Darussalam, mereka dibenarkan untuk memohon dengan menghadapkan surat permohonan khas kepada Lembaga ITQSHHB melalui pengetua institut berkenaan.

    Di samping itu, pemohon hendaklah berumur tidak lebih daripada 14 tahun pada 1 Januari 2025 atau berada dalam Tahun 6 pengajian di sekolah-sekolah kerajaan atau swasta pada 2024, lulus dengan memperoleh sekurang-kurangnya Pangkat C dalam semua mata pelajaran bagi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) atau yang setaraf dengannya, lulus temu duga hafazan Al-Quran yang dijalankan di ITQSHHB, berkesanggupan tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian, dan mematuhi peraturan-peraturan ITQSHHB.

    Penerimaan pelajar tertakluk kepada keputusan Lembaga ITQSHHB.

    Bagi yang mempunyai kesulitan untuk mengisi borang dalam talian, pihak ITQSHHB akan membantu pemohon untuk mengisi borang dalam talian di blok pentadbiran institut berkenaan di Simpang 175, Kilometer 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di sini.

    Waktu operasi adalah pada sebelah pagi sahaja iaitu dari 8:30 pagi hingga 12 tengah hari bermula 9 Julai hingga 3 Ogos yang akan dibukakan setiap Selasa dan Khamis.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...