Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) memaklumkan bahawa tawaran pengambilan pelajar baharu peringkat menengah Tahun 7 bagi sesi 2026M akan mula dibukakan pada 9 Jun hingga 2 Ogos.

Sehubungan itu, pemohon yang berminat bolehlah mengisikan borang permohonan secara dalam talian melalui pautan pendaftaranitqshhb.my.canva.site atau melalui imbasan kod QR yang disediakan.
Bagi pemohon yang menghadapi kesukaran mengisi borang secara dalam talian, pihak institut menyediakan khidmat bantuan pengisian borang secara fizikal di Blok Pentadbiran ITQSHHB, Simpang 175 Km 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA2112.
Khidmat bantuan ini hanya beroperasi sebelah pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, pada hari Selasa dan Khamis, bermula 8 Julai hingga 31 Julai.
Pemohon dikehendaki mengemukakan salinan dokumen seperti gambar terkini pemohon (ukuran pasport), salinan surat beranak pemohon, salinan kad pengenalan pintar pemohon (jika ada), salinan kad pengenalan pintar ibu dan bapa atau penjaga, salinan sijil kerakyatan pemohon (jika berkenaan), salinan sijil Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) (jika ada), salinan sijil pendaftaran anak angkat (jika berkenaan).
Bagi ibu bapa yang bukan rakyat atau bukan penduduk tetap dan bertugas di jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negara Brunei Darussalam, mestilah lampirkan surat permohonan khas kepada Lembaga ITQSHHB melalui pengetua institut dan surat pengesahan tempat bertugas dan salinan pasport pemohon.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui telefon 2222090 / 2222093 / 2222096 sambungan 229 / 230, WhatsApp 8165297 dan e-mel pendaftaran@itqshhb.edu.bn
Orang ramai digalakkan untuk membuat permohonan lebih awal dan memastikan semua dokumen lengkap bagi memudahkan proses penilaian.