Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Pada suku akhir tahun ini, Jaguar Land Rover menjanjikan keseronokan dan penemuan baharu untuk para pelanggan dengan tawaran yang menarik.
Indera Motors Sdn Bhd, pengedar dan peruncit tunggal kenderaan Jaguar Land Rover di Brunei, akan mengadakan Kempen Cabutan Bertuah Season of Change bermula awal Oktober hingga penghujung Disember ini.
Sepanjang tempoh itu, orang ramai boleh menguji kenderaan Jaguar Land Rover yang baharu dan diluluskan di Bilik Pameran Indera Motors, Beribi bagi peluang memenangi hadiah menarik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Indera Motors, kempen cabutan bertuah itu memberikan peluang terbaik kepada pelanggan untuk mengetahui ciri-ciri terkini kenderaan Jaguar Land Rover serta menguji kemampuan yang dijanjikan daripada kereta yang diluluskan.
Pemenang cabutan bertuah Jaguar akan membawa pulang Jaguar Heritage Watch, keahlian Jab Gym selama tiga bulan, Bang & Olufsen E8 Ear Piece dan baucar Under Armour, tertakluk pada terma dan syarat.

Sementara itu, pemenang cabutan bertuah Land Rover akan pulang dengan Land Rover Solar Watch, keahlian Jab Gym selama tiga bulan, Bang & Olufsen E8 Ear Piece dan baucar Under Armour, tertakluk pada terma dan syarat.
Kenyataan menyatakan, cabutan bertuah tersebut adalah sebahagian daripada kempen Season of Change Indera Motors, yang mendorong pemilik kereta untuk membuat perubahan untuk memiliki jenama Jaguar Land Rover dengan mengalami pengendalian model yang berbeza dan mengetahui apa yang diperlukan untuk memilikinya.
Sepanjang kempen itu, Indera Motors menawarkan pelbagai tawaran daripada pakej aksesori yang disesuaikan hingga pakej penjagaan roda.
Selain itu, Indera Motors turut menawarkan Approved Pre-Owned Special kepada pelanggan di pasaran untuk kereta pra-milik.
Hadiah eksklusif juga tersedia untuk sebarang pembelian diluluskan yang dibuat pada bulan tersebut, tertakluk pada terma dan syarat.