Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran terbaru Progresif, sebulan percuma

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Progresif Cellular Sdn Bhd telah memperkenalkan tawaran terbarunya dengan menyediakan peluang kepada pelanggan baru dan sedia ada untuk mendapatkan perkhidmatan percuma bagi bulan pertama apabila mendaftar bagi mana-mana Pelan Tanpa Had dan Telefon Bimbit.

    Dengan promosi yang telah bermula pada 21 Ogos dan akan berlangsung sehingga 30 Ogos itu, pelanggan yang mendaftar atau bertukar ke pelan berkenaan akan mendapat panggilan suara, teks dan data tanpa had, peranti pilihan mereka dan perkhidmatan percuma bagi bulan pertama, jelas Progresif dalam kenyataannya.

    Ketua Pegawai Pemasaran Progresif, Devin Edwards dipetik sebagai berkata, “Promosi ini membuktikan komitmen kami untuk menyediakan akses lebih luas kepada perhubungan dan menambah lebih nilai kepada pelan tanpa had kami yang telah menerima maklum balas yang sangat baik sejak pelancarannya beberapa bulan lalu.

    “Kami sentiasa berusaha mencari cara terbaik untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan jadi kami gembira untuk mengumumkan promosi ini di mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan percuma bagi bulan pertama sementara menikmati faedah perhubungan tanpa had,” katanya lagi. Pengurus Perhubungan Korporat, Hafiza Mohammad pula berkata bahawa promosi itu menjadikan pengalaman manfaat pelan tanpa had lebih baik dengan menyediakan peranti pilihan sebagai sebahagian daripada pelan pembayaran bulanan daripada hanya sekali bayaran.

    “Kami bekerja keras dalam memastikan pelan-pelan kami mudah difahami oleh pelanggan kami dan pelan tanpa had kami adalah contoh baik bagi falsafah ini,” katanya lagi. Menurut kenyataan itu, Pelan Tanpa Had Progresif direka ringkas dan mudah supaya pelanggan tidak perlu bimbang mengenai penggunaan bulanan atau terkejut dengan bayaran tersembunyi atau terlebih penggunaan apabila menerima bil mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda