Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran tertutup TPK dibuka 14 Jun

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa tawaran tertutup Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi satu dan dua angka akan dibukakan melalui NomborKu, Click-and Bid selama dua minggu mulai 14 Jun hingga 27 Jun.

    Penyertaan bagi tawaran tertutup ini akan dilaksanakan melalui laman sesawang NomborKu di www.nomborku.gov.bn. Senarai siri-siri TPK yang ditawarkan adalah KH, BU, BAA, BAB, BAC, BAE, BAF, BAG, BAH, BAJ, BAK, BAL, BAM, BAN, BAP, BAQ, BAS, BAT, BAU, BAV, BAW, BAX, BAY, BAZ, BBA, BBB, BBC, BBD.

    Dalam pada itu, pihak JPD sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa bagi harga tawaran minima TPK bagi satu angka ialah $5,000 dan caj penyertaan tawaran sebanyak $$1,000 manakala TPK bagi dua angka pula ditetapkan harga tawaran minimanya sebanyak $2,500 dan caj penyertaan tawaran sebanyak $500. Manakala caj perkhidmatan (non-refundable) bagi kedua-dua TPK jenis satu angka dan dua angka ditetapkan sebanyak $25.

    Walau bagaimanapun, caj penyertaan tawaran akan dikembalikan bagi penender yang tidak berjaya dalam tawaran tertutup. Bagi tujuan pembayaran balik, penender yang tidak berjaya dikehendaki untuk mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pembayaran Balik (refund) dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang dikehendaki. Tempoh pembayaran balik caj penyertaan tawaran bagi penender yang tidak berjaya akan mengambil masa 30 hari waktu bekerja setelah JPD menerima permohonan.

    Sehubungan itu, pembayaran caj penyertaan tawaran dan caj perkhidmatan bagi setiap tawaran TPK boleh dibuat melalui dua kaedah, Kaedah pertama iaitu pembayaran secara atas talian yang memerlukan penender mempunyai alamat e-mel yang aktif dan mempunyai kad pembayaran kad debit atau kad kredit yang sah.

    Manakala kaedah kedua melalui pembayaran secara tunai melalui kaunter perkhidmatan namun penender juga dikehendaki mempunyai alamat e-mel yang aktif, membuat pembayaran bagi mendapatkan kod baucar di kaunter-kaunter perkhidmatan JPD kecuali Kompleks Litar Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar dan juga mengakses laman sesawang NomborKu di www.nomborku.gov.bn untuk melengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan kod baucar.

    Bagi keterangan lanjut mengenai Click-and-Bid, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.nomborku.gov.bn. Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi JPD semasa waktu pejabat melalui talian 7181641 (WhatsApp) atau e-mel ke hello@ipd.gov.bn. Orang ramai boleh juga melayari laman sesawang www.jpd.gov.bn dan Instagram @jpd.bn bagi maklumat lanjut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda