Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 DIS – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) ingin memaklumkan orang ramai bahawa tawaran tertutup bagi Tanda Pengenalan Kenderaan (TPK) bagi tiga dan empat angka Siri BBJ iaitu dari BBJ 100 hingga BBJ 9999 akan dibukakan melalui NomborKu: Click-and-Bid mulai 26 Disember 2024 hingga 8 Januari 2025.
Senarai TPK bagi tiga dan empat angka Siri BBJ yang ditawarkan boleh diakses secara dalam talian melalui laman sesawang NomborKu di www.nomborku.gov.bn.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyertai tawaran boleh membuat pembayaran caj perkhidmatan sebanyak $25 bagi setiap satu tawaran TPK melalui dua kaedah. Salah satunya melalui pembayaran secara dalam talian dengan memastikan mempunyai kad debit atau kad kredit yang sah.
Selain itu, kaedah pembayaran caj perkhidmatan itu juga boleh melalui pembayaran secara tunai melalui kaunter-kaunter perkhidmatan JPD kecuali di Kompleks Latihan dan Ujian Memandu JPD Sungai Akar bagi mendapatkan kod baucar. Layari laman sesawang NomborKu dan lengkapkan penyertaan tawaran dengan memasukkan kod baucar.
Bagi sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai NomborKu: Click-and-Bid, sila layari laman sesawang www.nomborku.gov.bn atau hubungi JPD semasa waktu pejabat melalui Whatsapp di talian 7181641 atau e-mel hello@jpd.gov.bn.