Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tayangan perdana Perfect Family raih sambutan positif

    Drama terbaharu KBS 2TV, Perfect Family memulakan siarannya dengan sambutan positif daripada penonton, mencatatkan rating tontonan yang baik pada tayangan perdananya, lapor Soompi.

    Perfect Family merupakan adaptasi daripada webtoon popular dengan judul yang sama, mengisahkan tentang sebuah keluarga yang pada zahirnya tampak bahagia dan sempurna, namun mula saling mencurigai apabila anak perempuan mereka terlibat dalam satu kes pembunuhan.

    Park Ju Hyun membintangi watak Choi Sun Hee, seorang pelajar cemerlang yang sering mendapat tempat pertama di sekolah, manakala Kim Byung Chul dan Yoon Se Ah memainkan peranan sebagai ibu bapa angkatnya, Choi Jin Hyuk dan Ha Eun Joo.

    Pada 14 Ogos, drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal itu telah ditayangkan buat pertama kalinya mencatatkan rating purata kebangsaan sebanyak 2.6 peratus.

    Ia merupakan pencapaian yang agak memberangsangkan memandangkan Perfect Family adalah drama pertama KBS dalam tempoh dua tahun, tanpa drama terdahulu untuk membina asas penonton.

    Episod kedua Perfect Family dijadualkan bersiaran pada 15 Ogos jam 9:50 malam waktu Korea Selatan (KST). – Agensi

    Perfect Family mencatatkan rating yang baik pada tayangan perdananya di KBS 2TV. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda