Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tayar pesawat Boeing jatuh di Los Angeles

    LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT, 9 JULAI – Sebuah pesawat Boeing yang berlepas dari Los Angeles kehilangan tayarnya kelmarin, yang terbaharu dalam rentetan kebimbangan keselamatan bagi syarikat gergasi aeroangkasa berkenaan.

    United Airlines, yang mengendalikan Boeing 757-200, berkata bahawa pesawat itu kehilangan tayar selepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles tetapi selamat mendarat di Denver, destinasi yang dituju.

    “Tayar telah ditemui di Los Angeles, dan kami sedang menyiasat apa yang menyebabkan kejadian ini,” kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

    Tiada kecederaan dilaporkan di darat atau pun 174 penumpang dan tujuh anak kapal di dalamnya.

    Ia adalah kali kedua dalam beberapa bulan kebelakangan ini di mana pesawat Boeing yang dikendalikan oleh United Airlines kehilangan tayar selepas berlepas.

    Pada Mac, tayar sebuah Boeing 777 yang menuju ke Jepun jatuh sejurus selepas berlepas dari San Francisco. Pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Sebuah jet Boeing 757 diletakkan berhampiran hangar United Airlines, kerana jet Boeing 787 Dreamliner miliknya kekal dihentikan, sebelum hari perkhidmatan baharu ketika United Airlines meneruskan dengan armada 777 di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles (LAX) pada 17 Januari 2013 di Los Angeles. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda