KAHERAH, 28 MEI – Tayar sebuah pesawat EgyptAir meletup namun berjaya mendarat dengan selamat di destinasi pada awal hari ini di Arab Saudi, menurut syarikat penerbangan kebangsaan Mesir. Tiada korban jiwa dilaporkan.
Pesawat MS643 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah awal hari ini dan salah sebuah tayar pesawat meletup semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di bandar Jeddah, Arab Saudi, menurut kenyataan EgyptAir.- AP