Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift bengang dituduh bukan penulis lirik sebenar

    Penyanyi Taylor Swift menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi dan komposer Damon Albarn yang mengatakan dia bukan seorang penulis lirik sebenar.

    Marah dengan kenyataan itu, Swift menulis satu hantaran di Twitter, menjelaskan dia adalah penulis sebenar untuk lagu-lagu dalam album sebelum ini.

    “Saya adalah peminat awda, sehinggalah dapat tahu hal ini.

    “Saya cipta semua lagu sendiri.

    “Awak tidak perlu suka dengan lagu-lagu saya, cuma jangan menidakkan hasil kerja saya.

    “Untuk pengetahuan awak, saya yang tulis sendiri tweet ini,” jelas Swift.

    Terdahulu dalam satu temu bual bersama Los Angeles Times, Albarn berkongsi pendapat bahawa Swift sekadar pembantu dalam menulis lagu-lagunya.

    Albarn kemudian memohon maaf atas keterlanjuran kata dan komen yang tidak sepatutnya.

    “Saya setuju sepenuhnya dengan awak. Saya mohon maaf dengan sepenuh hati. Tak mungkin saya menidakkan hasil kerja awak. Saya harap awak memahami,” tulis Albarn.- Agensi

    Taylor Swift menyelar kenyataan Damon Albarn yang mengatakan dia sekadar pembantu dalam menulis lagu-lagunya.- Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda