Tindakan Donald Trump menggunakan foto Taylor Swift dalam kempen merebut jawatan presiden Amerika Syarikat mendapat perhatian penyanyi berkenaan.
Taylor meluahkan rasa kurang senang apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran apatah lagi ia adalah hasil teknologi Artificial Inteligence (AI) dalam memperdaya orang ramai.
Malah Taylor berasa bimbang apabila kecanggihan AI sebenarnya mendatang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
“Saya sedar tentang imej AI yang memaparkan wajah saya menyokong pencalonan Donald Trump tersebar di media sosial. Ia membuatkan saya takut terhadap AI selain ia menjadi medium penyebaran maklumat palsu,” katanya.
Taylor bagaimanapun berterima kasih kepada Trump kerana sudah membuka matanya sebagai pengundi. Malah penyanyi itu secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada lawan Trump iaitu Kamala Harris yang turut merebut jawatan berkenaan.
Sebelum ini beberapa penyanyi termasuk Celine Dion dan Rihanna meluahkan rasa tidak puas hati apabila Trump menggunakan lagu mereka dalam kempennya. – Agensi