Kebaikan penyanyi Taylor Swift mendapat perhatian ramai apabila memberi ganjaran bonus kepada kru menjayakan konsert jelajah Eras Tour yang berlangsung sejak Mac 2023.
Taylor, 36, dilaporkan memperoleh keuntungan kasar sebanyak AS$2 bilion, mengagihkan sebanyak AS$197 juta sebagai bonus kepada pekerjanya.
Kebaikan Taylor itu turut didedahkan seorang kru yang terharu penyanyi tersebut turut memaklumkan ganjaran bonus menerusi nota tulisan tangan.
Taylor mengucapkan terima kasih atas usaha keras dilakukan dan memberi hadiah berupa wang tunai sebanyak AS$100,000 kepadanya.
“Robert, terima kasih atas kerja hebat anda semasa jelajah Eras Tour. Bonus yang layak untuk anda adalah sebanyak AS$100,000,” tulisnya.
Rata-rata peminat teruja dengan perkara tersebut dan mendoakan supaya Taylor dimurahkan rezeki.
“Hebatnya Taylor! Semoga dia dapat buat banyak untung bagi konsert seterusnya; Terima kasih Taylor sudah membantu kru-kru konsert. Awak memang hebat!,” antara komen warganet. – Agensi