Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Taylor Swift cipta rekod album nombor satu terbanyak

    Taylor Swift kini memiliki lebih banyak album nombor satu berbanding mana-mana artis wanita dalam sejarah selepas pelancaran, Speak Now (Versi Taylor Swift), menurut Billboard baru-baru ini.

    Album tersebut muncul di puncak carta Billboard, menjadi album nombor satu ke-12 ratu pop itu dan mengatasi Barbra Streisand untuk jumlah album nombor satu terbanyak dalam kalangan artis wanita.

    Bagi penyanyi lelaki, Jay-Z dan The Beatles, kedua-duanya mempunyai lebih 10 album nombor satu, walaupun Billboard menyatakan ia telah mengubah sistem ranking albumnya selama beberapa dekad untuk memasukkan antologi.

    Swift, 33, juga telah menjadi artis pertama yang masih hidup dalam hampir 60 tahun yang memiliki empat album dalam kedudukan 10 teratas pada masa yang sama, tambah organisasi itu.

    Album tersebut termasuk Midnights, Lovers dan Folklore.

    Billboard berkata Swift juga menjadi artis hidup pertama yang mempunyai 11 album dalam carta 200 teratas secara serentak. – AFP

    Taylor Swift semasa tiba di Anugerah Grammy tahunan ke-65 pada 5 Februari di Los Angeles. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...