Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift dikenakan denda

    Taylor Swift dikenakan denda sebanyak 32 kali selepas kawasan di luar kediamannya yang terletak di Franklin Street, New York City dipenuhi sampah sarap.

    Memetik laporan The Mirror, penyanyi berkenaan berdepan denda sebanyak RM 14,028 (ASD$3,010) sejak berpindah ke kawasan perumahan itu pada 2017 lalu.

    Katanya, Taylor gagal memastikan laluan perjalan kaki di hadapan bangunannya bersih selain membuang sampah merata-rata.

    Kawasan berkenaan dikatakan dipenuhi dengan puntung rokok, botol minuman dan timbunan surat khabar.

    Lebih mengejutkan, penyanyi berkenaan tidak mahu membayar denda tersebut sehingga sanggup mengambil tindakan undang-undang. Malah sebelum ini, dia juga berjaya mengurangkan denda dengan jumlah yang banyak.

    Menurut seorang pejalan kaki, Taylor tidak pernah mempedulikan dengan sampah sarap yang menganggu rumahnya itu sebaliknya sibuk dengan konsert.

    “Dia tak peduli dengan sampah yang dibuang merata-rata. Saya rasa dia lebih sibuk dengan konsert berbanding ambil tahu keadaan rumahnya,” ujarnya.

    Bagaimanapun pendedahan tersebut tidak dapat diterima oleh rata-rata peminatnya. – Agensi

    Taylor tak serik rumah didenda belasan ringgit kerana kotor. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda