Friday, April 25, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift, Gong Yoo cetus spekulasi keluar makan bersama

    Nama pelakon terkenal Korea Gong Yoo menjadi perbualan hangat peminat dan warganet apabila timbul khabar angin mengatakan dia bersama penyanyi antarabangsa, Taylor Swift keluar makan bersama di sebuah restoran di New York.

    Ramai warganet membuat pelbagai spekulasi mengenai pertemuan mereka itu dan ada juga yang membuat andaian ia berkaitan drama bersiri terbaharu lakonan Gong Yoo berjudul The Sea Of Silence.

    Enggan khabar angin ini terus menjadi perbualan dalam kalangan peminat, agensi Gong Yoo iaitu SOOP Management tampil menafikan dakwaan tersebut.

    “Gong Yoo tidak berada di Amerika Syarikat. Gong Yoo sedang mempersiapkan diri mengikuti jadual promosi menjelang pelancaran siri Netflix Sea of Silence di Korea Selatan,” kata wakil pengurusan menerusi laporan KBizoom.

    Rabu lalu, laman Twitter menjadi trending apabila timbul dakwaan mengatakan kedua-dua selebriti bertemu di sebuah lokasi di New York. Malah, ada juga warganet yang mendakwa mereka berdua kini sedang bercinta. – Agensi

    Nama Gong Yoo (kiri) menjadi perbualan hangat apabila timbul khabar angin mengatakan dia bersama Taylor Swift keluar makan di sebuah restoran di New York. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda