PENYANYI Taylor Swift dilaporkan baharu sahaja berjaya menjual kediaman mewahnya dengan harga yang tinggi.
Kediaman yang terletak di Beverly Hills itu dijual dengan harga ASD$2,65 juta.
Menerusi beberapa foto yang tersebar kediaman ini memiliki reka bentuk yang moden dan minimalis.
Seluruh ruang juga direka sangat luas dan terbuka serta mendapat sinar matahari.
Ia turut dilengkapi empat bilik tidur dan lima tandas selain kolam renang dan gudang anggur.
Sebanyak 11 kamera tersembunyi CCTV yang menjaga keselamatan di kediaman ini.
Taylor merupakan artis yang mempunyai pendapatan tertinggi dalam konsert jelajah di Amerika Syarikat menerusi albumnya Reputation. – Agensi