Bagi tujuan keselamatan, penyanyi Taylor Swift tampil memberikan peringatan kepada peminatnya supaya tidak melontar sebarang objek termasuklah hadiah ketika dia sedang beraksi di atas pentas, lapor mStar.
Taylor atau Taylor Alison Swift, 33, memberitahu perkara itu sewaktu membuat persembahan konsert jelajahnya di Estadio River Plate di Buenos Aires, Argentina pada Ahad lalu.
Menurut pelatun lagu Blank Space tersebut, tindakan itu bukan hanya akan mendatangkan risiko keselamatan kepada dirinya, malah individu lain.
“Jangan baling barang, ia boleh mendatangkan bahaya kepada penari sekiranya mereka memijaknya.
“Saya sayangkan awda yang membawa hadiah, tapi tolong jangan baling ke atas pentas, saya sayangkan awda,” tulisnya.
Tambah Taylor lagi, tindakan melempar barang itu membuatkannya takut kerana khuatir terkena dirinya sewaktu di pentas.
“Tindakan kamu membaling objek ke arah pentas benar-benar menakutkan saya,” ujarnya. – Agensi


