Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift nyanyi lagu ‘Dear John’ selepas 11 tahun

    Penyanyi Taylor Swift membuat kejutan apabila menyanyikan lagu berjudul Dear John yang ditulis buat bekas teman lelakinya iaitu John Mayer ketika mengadakan konsert di Bank of Amerika Stadium, baru-baru ini.

    Menurut laporan mStar, Taylor menyanyikan lagu tersebut sebagai mempromosikan pelancaran semula album ketiganya berjudul Speak Now (Taylor’s Version) yang bakal dilancarkan pada 7 Julai ini. Peminat teruja dengan persembahan tersebut kerana kali terakhir Taylor menyanyikan lagu itu sekitar 11 tahun lalu.

    Dear John yang ditulis sendiri oleh Taylor dipercayai ditujukan kepada penyanyi tersebut selepas mereka berpisah.

    Dalam pada itu, Taylor sempat berpesan kepada peminat agar tidak salah anggap apabila dia mengambil keputusan menyanyikan lagu berkenaan.

    Taylor juga meminta peminatnya agar tidak mengungkit kisah lalunya bersama John selain menghalang mereka membuat serangan di media sosial penyanyi itu.

    “Saya sudah berusia 33 tahun… Saya tidak kisah tentang apa yang berlaku ketika saya berusia 19 tahun.

    “Saya tidak mengeluarkan album ini untuk anda membela saya di media sosial apatah lagi menyerang John atas perkara yang sudah berlalu,” katanya.

    Untuk rekod, Taylor dan John pernah menjadi pasangan kekasih pada 2010 namun hubungan hanya bertahan selama beberapa bulan. -Agensi

    Taylor enggan peminatnya membuli John Mayer. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda