Ikon muzik pop, Taylor Swift memuji album baharu rakannya, Selena Gomez serta tunangnya, Benny Blanco selaku penerbit album yang bertajuk I Said I Love You First.
“Saya sangat suka album ini. Oh Tuhan!” tulis Swift di Instagram Storynya baru-barunya.
Album berkenaan turut menampilkan Gracie Abrams, Tainy dan J. Balvin sebagai tetamu.
Antara lagu lain yang terkandung dalam album tersebut adalah Younger and Hotter Than Me, Call Me When You Break Up, Ojos Tristes dan How Does It Feel to Be Forgotten.
Selain menyanyi, Gomez juga terkenal dengan lakonannya dalam komedi Only Murders in the Building, dan filem yang tercalon dalam Oscar, Emilia Perez. – UPI
