Penyanyi Taylor Swift, 32, memfailkan saman terhadap Evermore Theme Park atas tuduhan menggunakan muziknya tanpa kebenaran.
Menerusi saman itu, taman tema terbabit dilaporkan tidak mempe-dulikan notis daripada pengurusan hakcipta muzik, BMI, sebaliknya terus menggunakan lagu Swift secara percuma.
Selain itu, taman tema terbabit mengabaikan amaran berkenaan meskipun tahu mereka boleh dikenakan penaliti mengikut Akta Hakcipta yang ditetapkan untuk melindungi hak artis itu.
Pengurusan Swift juga mendapati taman tema itu memasang lagunya tanpa pemilikan perlesenan yang sah. Bukan setakat Swift, lagu-lagu Katy Perry, Abba, The Beatles, Billy Joel, Britney Spears, Journey, Queen, Weezer, Whitney Houston, dan ramai lagi dimainkan tanpa kebenaran. – Agensi
