Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taylor Swift tangguh konsert di Brazil

    Penyanyi Taylor Swift menangguhkan konsert malam kedua di Rio de Janeiro selepas seorang peminatnya maut dipercayai akibat cuaca panas ketika hadir menonton persembahan pertamanya di negara itu pada Jumaat lalu.

    Taylor, 33, mengumumkan perkara itu menerusi Instagram miliknya memberitahu keputusan menangguhkan persembahan yang sepatutnya berlangsung pada Ahad disebabkan cuaca panas ekstrem yang sedang melanda negara berkenaan.

    Penyanyi itu juga tidak mahu membahayakan peminat yang hadir ke konsert itu nanti dalam keadaan cuaca panas.

    Pihak penganjur pula dalam satu kenyataan memberitahu konsert malam kedua itu dijadualkan berlangsung pada Isnin.

    Suhu di Rio naik mendadak kepada 42 darjah celcius sejak beberapa hari lalu.

    Sementara itu, Taylor juga dilihat mengalami kesukaran bernafas ketika mengadakan konsert jelajah dunia di Rio de Janeiro, Brazil pada Jumaat lalu.

    Menerusi video yang tular di media sosial, Taylor dilihat tercungap-cungap semasa berada di atas pentas sebaik sahaja selesai menyanyikan lagu berjudul Bejeweled.

    Difahamkan kejadian tersebut berlaku semasa penghujung persembahannya selepas berjam-jam dia menghiburkan peminatnya. – Agensi

    Taylor menangguhkan konsert di Brazil selepas salah seorang peminatnya maut. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda