Monday, March 3, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tazkirah beri pencerahan isu bulan Ramadan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Bahagian Hal Ehwal Belia, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) serta Kumpulan Belia Syababul Mubasyir, Masjid Kampung Sungai Besar dan juga Masjid Kampung Labu Estate telah menganjurkan Majlis Tazkirah A Blessing In Disguise ‘Ramadhan Bulan Tarbiah’ sempena Bulan Ramadan bagi Tahun 1446H/2025M baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ke majlis yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Besar adalah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat dan Yang Berhormat Haji Daud bin Jihan, manakala di Masjid Labu Estate dihadiri oleh ahli MMN, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Nasir.

    Atas & Bawah: Yang Berhormat Haji Sulaiman semasa menghadiri tazkirah di Masjid Labu Estate

    Atas & Bawah: Yang Berhormat Awang Lawi dan Yang Berhormat Haji Daud semasa menghadiri tazkiran di Masjid Kampung Sungai Besar.

    Majlis tersebut adalah sebagai salah satu persiapan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan selain mengongsikan amalan-amalan sunat yang digalakkan sebelum, semasa, dan selepas bulan Ramadan, di samping amalan-amalan wajib. Pencerahan mengenai pelbagai persoalan yang sering ditimbulkan berhubung isu-isu ketika bulan Ramadan turut diadakan.

    Majlis turut disertakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUBPU SB) di Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak. Manakala di Masjid Labu Estate, tazkirah disampaikan oleh Penolong Pensyarah KUPU SB, Haji Mohammad Khairul Azhar bin Haji ldris.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda