BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Program Masjidku Makmur, Negara Berkat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien diteruskan lagi minggu ini dengan tazkirah bertajuk Menjayakan Wawasan Negara Menurut Perspektif Islam disampaikan oleh Da’ie Pusat Dakwah Islamiah, Dr Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.
Hadir bersama-sama jemaah masjid menjayakan program tersebut ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
Program mingguan itu merupakan ajakan kepada orang ramai untuk memakmurkan masjid-masjid di negara ini.
