Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TBA, PPDB meterai perjanjian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OKT – Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis penandatanganan penyertaan selama tiga tahun dengan Takaful Kemalangan Diri Kumpulan TBA di Ibu Pejabat PPDB di Jalan Tungku, kelmarin.

    Menandatangani bagi pihak TBA ialah Ketua Pegawai Operasi TBA, Awang Barudin bin Haji Kudil manakala Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan, Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali menandatangani bagi pihak PPDB.

    Dengan perjanjian itu, semua pegawai dan kakitangan PPDB kini dibekalkan dengan perlindungan dan manfaat takaful di bawah skim Takaful Kemalangan Diri Kumpulan TBA sekiranya berlaku sebarang kecederaan badan akibat kemalangan dan penyakit dengan perlindungan berkesan selama 24 jam di seluruh dunia.

    Awang Barudin dan Awang Mohammad Zulhilmi bertukar dokumen pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat PPDB, Jalan Tungku, baru-baru ini. – Gambar serahan TBA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda