Friday, April 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    TCY Motors derma 42 pain darah

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Sebanyak 42 pain darah telah berjaya dikumpulkan semasa kempen derma darah yang dianjurkan oleh TCY Motors dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Bilik Pameran Peugeot, Kiarong, hari ini.

    Kempen berkenaan julung kalinya dianjurkan oleh TCY Motors dalam usaha untuk membantu menambah bekalan darah dan seterusnya menyelamatkan nyawa para pesakit yang memerlukan di Hospital RIPAS.

    Ia juga merupakan antara usaha syarikat itu dalam menyahut seruan Kementerian Kesihatan untuk mengajak lebih ramai penderma darah tampil menyumbangkan darah sekali gus diharap dapat memberikan impak signifikan dan berpanjangan bagi industri automobil.

    Pengurus Jualan TCY Motors, Aron Wong berkata, “Pendermaan darah adalah amalan kemanusiaan mulia yang dapat menyelamatkan jiwa dan mencipta perbezaan yang ketara dalam masyarakat kita.”

    Beliau yang turut hadir bagi menyumbangkan darah seterusnya mengongsikan bahawa TCY Motors percaya dengan kuasa tindakan kolektif serta kerjasama antara syarikat berkenaan dengan Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS dapat mendorong kakitangan, pelanggan syarikat dan juga masyarakat tempatan untuk turut sama menyertai kegiatan yang penuh berkebajikan ini.

    Aron Wong (duduk) dan kakitangan TCY Motors yang lain bergambar semasa kempen tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Antara yang turut sama hadir bagi mendermakan darah. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda