Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    TCY Motors dilantik sebagai pengimport baharu Skoda

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – TCY Motors Sdn Bhd, nama yang dikenali dalam industri automotif sejak penubuhannya pada tahun 1961 oleh mendiang pengasas, Tang Ching Ying, dengan bangganya mengumumkan pencapaian terbarunya dengan perlantikan TCY sebagai pengimport dan pengedar eksklusif untuk kenderaan jenama Skoda di Negara Brunei Darussalam.

    Menurut kenyataan, TCY sangat berbangga untuk berkongsi maklumat berkenaan mengenai dengan pelantikan itu, setelah lebih enam dekad memberikan komitmen dalam perkhidmatan yang terbaik dalam komuniti mereka, TCY Motors juga akan memulakan lembaran baharu yang menarik.

    Perkongsian dengan Skoda, jenama Kumpulan Volkswagen (VW) yang terkenal dengan inovasi, kualiti, kebolehpercayaan, ketahanan dan keseronokan pemanduannya, mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam perjalanan syarikat untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

    Sebagai pengimport Skoda baharu, mereka bersedia untuk menawarkan rangkaian model Skoda yang pelbagai, setiap model direka dengan teknologi VW terkini dan komitmen terhadap kemampanan.

    Perkongsian ini menunjukkan dedikasi mereka untuk menyediakan pelanggan dengan pilihan yang luar biasa, perkhidmatan pelanggan di peringkat tinggi dan pengalaman pemanduan yang tiada tandingannya.

    Sejarah dan reputasi selaku pengedar tertumpu kepada integriti dan kebolehpercayaan kekal sebagai teras misi mereka.

    Mereka berbesar hati kerana telah mendapat kepercayaan dalam komuniti selama ini, dan mereka berjanji untuk menegakkan nilai-nilai ini semasa memperkenalkan barisan luar biasa Skoda ke Brunei.

    Mereka juga teruja untuk mengumumkan bahawa mereka akan mula menerima panggilan pertanyaan dan tempahan untuk servis selewat-lewatnya pada pertengahan November dengan bermulanya perkhidmatan selepas jualan pada awal Disember di bilik pameran yang terletak di Kawasan Perindustrian Lambak Kanan.

    TCY Motors juga akan menawarkan promosi istimewa kepada pelanggan Skoda yang membuat tempahan servis dan memberikan hadiah eksklusif kepada mereka.

    GAMBAR SERAHAN TCY MOTORS SDN BHD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda