Friday, April 11, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    TCY Motors sediakan Peugeot 5008 untuk perkhidmatan ulang-alik

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OGOS – Dalam usaha berterusan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan, TCY Motors sebagai pengedar dan pengimport tunggal untuk jenama kereta Peugeot baru-baru ini telah mendaftarkan kenderaan baharu untuk perkhidmatan ulang-alik.

    Pelanggan yang membuat perkhidmatan servis di pusat selepas jualannya di Lambak kini akan dapat membuat perjalanan lebih selesa dengan Peugeot 5008 yang boleh memuatkan tujuh penumpang.

    TCY Motors menjelaskan, pelanggan ditawarkan perkhidmatan ulang-alik berkenaan secara percuma ke mana-mana lokasi pilihan mereka di Daerah Brunei dan Muara dan akan dihantar balik untuk mengambil kenderaan mereka selepas selesai servis.

    TCY motors menyediakan kereta Peugeot 5008 sebagai perkhidmatan ulang-alik untuk pelanggan yang menghantar kereta mereka bagi khidmat servis di pusat selepas jualannya. – Gambar serahan TCY
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda