Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    TDDB bantu penduduk kampung terjejas akibat banjir

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Dalam usaha untuk memberikan bantuan bencana kepada masyarakat yang dilanda bencana, Platun Civil-Military Coordination (CIMIC) dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah di-kerahkan untuk membantu penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di Daerah Tutong, dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bencana Daerah Tutong (DDMC), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan, di sini, menyatakan bahawa sebuah pasukan yang terdiri daripada 19 orang anggota dari 2Bn TDDB telah dikerahkan untuk memberikan bantuan pengangkutan kepada penduduk-penduduk kampung yang terjejas menggunakan kenderaan jenis trak empat tan untuk mengemudi kawasan yang dilanda banjir bermula dari persimpangan empat Jalan Panchong hingga simpang tiga Kampung Kuala Ungar, Daerah Tutong.

    Bantuan pemindahan penduduk-penduduk kampung yang terkandas akibat jalan yang ditenggelami air telah bermula pada petang, 25 Januari, dalam memastikan mereka sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.

    Keadaan hujan lebat selama beberapa hari telah mengakibatkan banjir teruk di kawasan rendah, menjadikan beberapa buah rumah kediaman dan sebahagian penghubung jalan raya yang menjadi laluan utama penduduk kampung tidak dapat dilalui.

    Dalam menghadapi keadaan cuaca yang aktif dan tidak menentu, TDDB tetap komited dan sentiasa bersiap siaga untuk memberikan bantuan bencana kepada masyarakat awam di keempat-empat daerah.

    TDDB juga akan terus bekerjasama dengan Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) serta agensi-agensi berkaitan dalam mendukung pendekatan senegara dalam respons bencana.

    Anggota Tentera Darat Diraja Brunei membantu penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di Daerah Tutong. Bantuan tersebut adalah untuk memastikan penduduk kampung sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.- GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Anggota TDDB membantu penduduk kampung yang terjejas akibat banjir untuk menaiki trak dan membantu memindahkan mereka ke destinasi yang dituju dengan selamat.- GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    Kelihatan kenderaan jenis trak empat tan mengemudi kawasan yang dilanda banjir. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Perlawanan badminton erat persahabatan Brunei, Indonesia

    Seramai 16 pemain Badminton Veteran Bengkurong Community (BVBC) yang...

    Kick for Joy asah bakat bola sepak belia

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV –...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...