Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    TDM di Sabah dan Sarawak dipertingkat

    KOTA KINABALU, 30 DIS – Tentera Darat Malaysia (TDM) mahu keupayaannya termasuk dari segi aset ketenteraan di Sabah dan Sarawak dipertingkat serta diperkasa bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasukan di Semenanjung.

    Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata ia penting bagi memastikan TDM di kedua-dua negeri itu sentiasa bersedia dan berupaya bertindak secara sendiri dalam menangani pelbagai ancaman terutama yang melibatkan keselamatan.

    Beliau berkata selain aspek keselamatan, adalah penting bagi pasukan tersebut mempunyai keupayaan untuk memberi bantuan kepada rakyat Sabah dan Sarawak terutama yang terkesan akibat bencana seperti melalui program Ops Murni. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda