Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    TDM jual unit operasi Indonesia RM115 juta

    KUALA TERENGGANU, 31 JULAI – TDM Bhd (TDM), anak syarikat kerajaan Terengganu dan seorang pemegang saham minoriti menandatangani perjanjian jual dan beli bersyarat (CSPA) bagi penjualan 100 peratus ekuiti dalam PT Rafi Kamajaya Abadi (RKA) dan PT Sawit Rezki Abadi (SRA) yang bertapak di Indonesia, dengan Ikhasas Sawit Sdn Bhd.

    Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata CSPA itu membabitkan pertimbangan tunai sebanyak RM115 juta.

    “Berdasarkan penjimatan kos yang besar dan modal yang dijana daripada penjualan tersebut, TDM dapat menumpukan sumber dan perhatian kepada operasi syarikat di Malaysia.

    “Ini termasuk inisiatif mengoptimumkan pengeluaran hasil tanah milik syarikat di Pantai Timur dengan mempelbagaikan usaha tanaman lain selain ladang kelapa sawit serta pengeluaran minyak sawit mentah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

    Beliau berkata dengan proses penjualan yang kini berjalan mengikut perancangan, TDM tekad untuk mempertingkatkan usaha mencipta dan menambah baik nilai bagi pihak berkepentingan pada masa hadapan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda