Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    TDM lupus aset di Indonesia

    KUALA LUMPUR, 23 MAC – TDM Bhd telah menerima tawaran daripada Ikhasas Sdn Bhd untuk mengambil alih dua anak syarikat di Indonesia yang tidak menguntungkan pada harga RM115 juta.

    Dalam satu kenyataan hari ini, TDM berkata anak syarikat yang merugikan, iaitu PT Rafi Kamajaya Abadi (RKA) dan PT Sawit Rezki Abadi (SRA), tidak menjana keuntungan sejak tahun pertama pengeluaran sawit, manakala SRA tidak menjalankan operasi sejak pengambil-alihannya oleh kumpulan pada tahun 2015.

    “Kedua-dua anak syarikat itu dijangka tidak akan mencatat keuntungan dalam tempoh terdekat,” kata TDM sambil menambah bahawa kumpulan juga menerima deposit pendahuluan sebanyak RM2.3 juta daripada Ikhasas.

    TDM, sebuah kumpulan perladangan dan penjagaan kesihatan, berkata mereka telah menerima tawaran daripada Ikhasas pada 21 Mac 2022. Ikhasas terlibat dalam perniagaan minyak sawit dan perdagangan serta mengeksport produk-produk sawit.

    Kumpulan itu berkata ini akan membolehkan TDM menyelaraskan aktiviti perniagaannya dan menumpukan semula tenaga serta sumbernya kepada usaha niaga yang berdaya maju dengan lebih berkesan tanpa perlu berdepan dengan sebarang isu-isu warisan.

    Tawaran tersebut adalah bersyarat dengan TDM dan Ikhasas memenuhi syarat khusus tertentu yang telah dipersetujui dalam tempoh enam bulan dari tarikh penerimaan tawaran atau satu tempoh lebih lama yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...