Friday, January 3, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Team Sky sedia gempur Vuelta

    LONDON, 15 Ogos – Juara Tour de France sebanyak empat kali, Chris Froome berkata dia mempunyai ‘urusan yang belum selesai’ dengan Vuelta a Espana selepas Team Sky mendedahkan barisan mereka bagi perlumbaan tahun ini semalam.

    Froome, 32, berharap untuk mengikut jejak Jacques Anquetil (1963) dan Bernard Hinault (1978) dengan menjadi penunggang ketiga memenangi Jelajah dan Vuelta pada tahun yang sama.

    Pemenang kedua Vuelta sebanyak tiga kali, usaha Froome dilihat akan dirangsang dengan kehadiran pendaki utama, Wout Poels, yang kembali beraksi selepas tidak berlumba dalam Jelajah kerana kecederaan lutut.

    “Ia pasti dirasakan seperti saya masih mempunyai urusan yang belum selesai dengan perlumbaan ini,” kata Froome dalam siaran akhbar Sky.

    “Saya menamatkan tangga kedua sebanyak tiga kali sekarang, tetapi saya mendapatkan perasaan yang bagus mengenai Vuelta tahun ini.

    Team Sky yang diketuai Froome kini lebih bermotivasi untuk meraih kejuaraan berganda Jelajah dan Vuelta. – AFP
    Team Sky yang diketuai Froome kini lebih bermotivasi untuk meraih kejuaraan berganda Jelajah dan Vuelta. – AFP

    “Ia dirasakan kami berada dalam misi yang lebih banyak pada tahun ini dan menumpukan Jelajah/Vuelta musim ini adalah satu motivasi yang besar.

    “Saya tidak rasa kami berada di Vuelta a Espana dengan pasukan sekuat yang kami miliki tahun ini.”

    Froome yang menamatkan tangga kedua sebanyak tiga kali di Vuelta pada 2011, 2014 dan 2016, terakhir yang menusul kejayaan Tour de France.

    Vuelta tahun ini bermula dengan uji masa di selatan bandar Nimes, Perancis pada 19 Ogos.

    Pengurus besar, Dave Brailsford berharap aksi kembali Poels dari Belanda itu akan memberikan Sky ketajaman.

    Sementara itu, Sky telah memenangi Jelajah dalam tempoh lima dari enam tahun lalu, mereka belum memenangi sama ada Grand Tours: Giro d’Italia atau Vuelta. Pasukan Sky bagi Vuelta a Espana: Chris Froome, Wout Poels, Mikel Nieve, Diego Rosa, David Lopez, Gianni Moscon, Salvatore Puccio, Ian Stannard, Christian Knees. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda