DHAKA – Semasa membesar, kebanyakan kanak-kanak memupuk minat tertentu terhadap watak fiksyen. Kartun, boneka atau komik – ia mempunyai tujuan yang sama. Untuk menghiburkan, untuk mengajar dan memainkan peranan penting dalam perkembangan psikologi kanak-kanak.
Pada masa ini, boneka mungkin tidak begitu popular seperti dahulu. Dan pertunjukan boneka adalah seni yang hampir pupus. Bertahan menghadapi cabaran yang begitu mencabar, ‘Teater Boneka Kaktarua’ telah melakukan kerja yang membanggakan.
APA ITU KAKTARUA?
Kaktarua ialah patung yang dicipta dalam bentuk manusia yang diperbuat daripada jerami, berpakaian lusuh dan selalunya bertopi. Orang-orang sawah didirikan untuk menakutkan burung dari tanah ladang dan melindungi tanaman.
“Begitu juga, Teater Boneka Kaktarua bertujuan bekerja menghalau segala negatif dan khurafat daripada masyarakat. Itulah nama simboliknya,” kata Asaduzzaman Ashik, pengasas yang mula bekerja dengan boneka pada 2016, tetapi tidak sehingga 2019 barulah dia menubuhkan teater itu.
BONEKA
Terdapat sekurang-kurangnya 30 watak boneka yang berbeza yang digunakan dalam pertunjukan yang berlainan. Sebahagiannya adalah watak asli, yang dicipta oleh ahli teater.
Selebihnya pula adalah berdasarkan cerita mitos dan digunakan untuk mencipta semula cerita tersebut. Manakala yang lainnya berdasarkan cerita dari buku Bangla sekolah rendah, dicipta untuk mengisahkan cerita dari buku, supaya kanak-kanak boleh belajar dengan menonton pertunjukan boneka.
“Ia merupakan satu perkara hanya untuk membaca. Tetapi jika awda boleh menyepadukan pelajaran dalam persembahan, kanak-kanak menyukainya, dan ini boleh dijadikan satu kaedah mengajar. Apu dan Dipu’r Golpo adalah salah satu rancangan kami yang paling popular, dan ia mengajar kanak-kanak tentang keburukan bergaduh dan berkelahi,” kata Ashik selepas salah satu pertunjukannya di mana pasukannya baru sahaja mengadakan persembahan.
Pasukan itu mempunyai 10 ahli, dengan MD Aminul Islam Rasel membuat kebanyakan boneka. Reka bentuk boneka dan bunyi dihasilkan oleh Pronoy Sarker. Ahli yang lain bekerjasama untuk menjayakan persembahan.
Reka bentuk boneka kadangkala diilhamkan oleh cerita. Ada kalanya ia dicipta berdasarkan keperluan cerita dan persembahan, dan kadangkala ahli pasukan hanya bercadang dan mencipta wajah baharu.
BONEKA UNTUK PENJAGAAN PALIATIF DAN PENGAJARAN
“Sebab saya masih bekerja dengan boneka adalah untuk membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Saya telah mengadakan beberapa pertunjukan di CRP, NICRH dan Kolej Perubatan Dhaka. Terdapat kanak-kanak yang berada dalam kesakitan dan menderita. Dan saya membuat mereka tersenyum seketika. Pada akhir persembahan, mereka mahu berjabat tangan dengan boneka itu.
Seorang gadis kecil, yang mempunyai kanula di tangannya itu menghulurkan tangan kepada saya. Dan ia merupakan saat yang menyentuh hati saya,“ kata Ashik apabila ditanya apakah pencapaian terbesarnya dengan boneka itu.
“Ramai orang tidak menyedari, tetapi boneka boleh digunakan sebagai penjagaan paliatif dan alat untuk mengajar kanak-kanak. Respons mereka amat mengagumkan, dan dengan lebih banyak usaha ditumpukan kepada boneka, banyak lagi yang boleh dilakukan untuk kanak-kanak.
“Semua orang begitu leka dengan skrin hari ini. Kita boleh menggunakan boneka untuk menghiburkan mereka dengan cara yang berbeza yang tidak terhad kepada skrin,” kata Ashik sambil menambah meskipun respons adalah menggalakkan namun pembiayaan adalah terhad.
Teater hampir tidak dapat membiayai dirinya sendiri. Bekerja sepenuh masa adalah mustahil. Dengan sewa studio, perbelanjaan yang diperlukan dalam penciptaan dan penyelenggaraan boneka dan perbelanjaan perjalanan dan lain-lain, menjadikannya sukar untuk diteruskan, tetapi Ashik tidak berputus asa.
TANGGAPAN
Seperti yang diperhatikan semasa pertunjukan langsung, kanak-kanak kecil bukan sahaja gemar tetapi juga berinteraksi dengan boneka.
Sepanjang pelajaran yang disampaikan oleh rancangan itu, ia tetap bersifat interaktif. Ia penghargaan kepada dalang dan boneka itu menarik di mata kanak-kanak. Pertunjukan ini boleh menjadi mekanisme pengajaran, terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas.
Dengan sambutan positif daripada kanak-kanak semasa persembahan yang berbeza serta organisasi yang bekerja dengan kanak-kanak, Ashik dan pasukannya dapat melihat potensi untuk pertunjukan lebih mewah dan berkata dia hanya perlu menelefon mereka yang berminat untuk bekerja dengan boneka atau pertunjukan boneka.
Kanak-kanak tahun 90an membesar dengan boneka dan kini ia lebih daripada unsur nostalgia. Begitu juga, wayang gambar telah pupus.
Teater Boneka Kaktarua telah menghidupkan semula kedua-dua elemen ini dan sedang berusaha mempopularkannya dan menggunakannya sebagai medium pengajaran. Ia patut mendapat pengiktirafan daripada orang ramai supaya mereka boleh meneruskan persembahan. Kerana persembahan mesti diteruskan. – ANN/The Daily Star