Sunday, February 2, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teater Israk Mikraj sebagai penyampaian dakwah kreatif

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Omar ‘Ali Saifuddien kelmarin telah mengadakan Sambutan Israk dan Mikraj dalam bentuk teater drama bertempat di Masjid berkenaan.

    Teater berkenaan merupakan salah satu inisiatif dalam menyampaikan dakwah yang kreatif, efektif dan menarik kepada penonton.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi.

    Persembahan dalam bentuk teater ini adalah bertujuan agar kaedah penyampaian lebih menarik dan mudah difahami oleh para muslimah. Di samping itu, untuk menyemarakkan Sambutan Israk dan Mikraj bagi Tahun 1446 Hijrah dan sama-sama turut serta dalam mengembangkan syiar Islam.

    Acara juga dihasrat dapat mengimbas kembali peristiwa yang berlaku dalam Israk dan Mikraj selain mengambil teladan dan iktibar dalam membina sahsiah muslimah yang beriman dan bertakwa. lanya juga diharap dapat menguatkan azam untuk meningkatkan lagi ibadah di bulan Ramadhan yang akan menjelang nanti.

    Datin Hajah Nahriah hadir selaku tetamu kehormat ke persembahan teater berkenaan.

     Suasana semasa persembahanan teater berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN HAL EHWAL MASJID

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda