Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tebas bidas komen Pique

    MADRID, 30 Mac – Presiden La Liga Javier Tebas berkata Gerard Pique sepatutnya lebih berhemah dalam mengeluarkan kenyataan selepas pertahanan Barcelona itu membidas layanan istimewa diberi kepada pemain Real Madrid.

    Katanya, komen Pique selepas kemenangan 2-0 Sepanyol ke atas Perancis pada Selasa lalu hanya menambah lagi ‘ketegangan’ antara kedua-dua pasukan gergasi Sepanyol itu.

    “Saya percaya dia membuat kesilapan, walaupun saya tidak boleh mengulas berapa serius tahapnya,” kata Tebas.

    Kenyataan itu hadir selepas Pique yang juga pertahanan Sepanyol berkata: “Saya tidak akan bekerja untuk Real Madrid, saya tidak gemar dengan layanan istimewa yang diterima mereka walaupun saya berkawan dengan beberapa pemain mereka.”

    Kata-kata Pique itu merujuk kepada kes penipuan cukai yang terpalit ke atas rakan sepasukannya Neymar dan Lionel Messi tatkala pemain Real pula berjaya mengelak daripada dikenakan tindakan sama.

    Cristiano Ronaldo dituduh oleh Football Leaks menyembunyikan hartanya bernilai 150 juta euro daripada caj cukai, bagaimanapun ia disangkal bintang Real itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda