SMITHS FALLS, Kanada, 15 Okt – Tebusan yang telah dibebaskan, Joshua Boyle telah memberitahu penyiar awam CBS anak-anaknya masih sedang menyesuaikan diri dengan rumah baru mereka di Kanada tetapi masih sangat merasa takut selepas pengalaman kejam bertahun-tahun lamanya di tangan para penculik yang mempunyai kaitan dengan Taliban.
Boyle dan isterinya, warga Amerika dan tiga orang anak mereka telah dibebaskan Rabu lalu di Pakistan selepas lima tahun dalam tahanan rangkaian Haqqani, sebuah kumpulan militan yang beroperasi di kedua belah bahagian sempadan Afghanistan-Pakistan.
Dalam kenyataan yang menyeramkan tentang ketibaan keluarga itu di Toronto, Boyle menuduh para penculiknya membunuh anak damit perempuan mereka dan merogol isterinya, Caitlan Coleman. Dia berkata keutamaannya sekarang ialah untuk melindungi keluarganya.
Dalam mesej yang dihantar kemudian ke media Kanada, dari bandar kelahiran ibu bapanya, Smith Falls, kira-kira 80 km dari Ottawa, Boyle yang berusia 34 tahun berkata keluarganya telah selamat tiba di ‘rumah’ pertama sebenar yang diketahui oleh anak-anaknya.
Dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada CBC, dia berkata anak-anak lelakinya yang berusia empat dan dua tahun dan seorang anak perempuan berusia empat bulan – mula menyesuaikan diri di kawasan sekitar baru selepas pengalaman mereka yang melukakan perasaan.
CBC berkata Boyle memberitahu mereka bahawa anak nya sedang meneliti nota-nota yang dilekatkan dan tabir dan permainan papan.
“Segala-galanya di dalam rumah, ujarnya adalah indah bagi dirinya dan berkata dia masih takut untuk meninggalkan rumah, walau keluar ke anjung,” kata wartawan CBC, Susan Armiston. – AFP