BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Ekspo Teknologi Brunei (TechXpo) 2019 berakhir hari ini dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Permainan Siber 2019 yang telah menarik beratus-ratus orang daripada komuniti permainan dalam talian tempatan dan serantau.
Majlis menyaksikan Goodfellas Gaming membawa pulang wang tunai $2,500 bagi permainan CS : GO, CRI Stratos menerima $1,000 selaku pemenang DOTA2, Team Sigma memenangi League of Legends, Orange Esport Hawk muncul juara PUBG Mobile sementara itu, perlawanan Mobile Legends dimenangi oleh Anti Classics dan Awang Mohd Hafiy Mirza bin Haji Mohd Shafiee pula muncul juara permainan Tekkan sekali gus membawa pulang wang tunai $600.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)