BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OGOS – Pengunjung boleh mengalami sendiri peningkatan digital terkini Bank Baiduri, termasuk chatbot berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang baru dinaik taraf serta penyelesaian pembayaran mudah alih yang inovatif untuk pedagang di petak Bank Baiduri semasa TechXpo 2025 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) dari 14 hingga 16 Ogos.
Semasa ekspo, bank tersebut akan mempamerkan penyelesaian terdorong teknologi terkini yang direka untuk meningkatkan kemudahan, keselamatan dan kecekapan untuk pengguna dan perniagaan.
Menurut kenyataan daripada Bank Baiduri, chatbot AI Emmi telah dinaik taraf daripada AI deklaratif kepada model AI generatif, sekali gus menawarkan pengalaman yang lebih pintar dan responsif untuk pelanggan. Emmi baharu boleh memahami pertanyaan yang kompleks, memberikan respons yang disesuaikan dan terus belajar daripada interaksi pengguna untuk menawarkan sokongan yang lebih bijak.
Sebagai sebahagian daripada perjalanan inovasi Bank Baiduri yang berterusan, pengunjung ke TechXpo juga akan melihat secara eksklusif Emmi di WhatsApp prototaip perkhidmatan baharu yang tidak lama lagi akan membolehkan pelanggan berhubung dengan Emmi secara terus melalui aplikasi pemesejan popular untuk aksesibiliti dan kesenangan yang lebih.
Selain itu, Bank Baiduri juga menawarkan Baiduri Tap2Pay cara yang lebih bijak untuk menerima pembayaran, iaitu penyelesaian pembayaran mudah alih yang pertama seumpamanya di Brunei. Baiduri Tap2Pay memperkasakan pedagang untuk menerima pembayaran kad tanpa sentuh melalui telefon pintar Android yang dikuasakan NFC.
Dibangunkan dengan mengambil kira keselamatan dan kebolehgunaan, Baiduri Tap2Pay diperakui di bawah piawaian MPoC Industri Kad Pembayaran (PCI), memastikan pengalaman transaksi yang selamat dan lancar. Tambahan pula, butiran kad dan peribadi tidak disimpan untuk melindungi data pelanggan. Penyelesaian pembayaran ini menyokong jenama kad global utama termasuk Visa, Mastercard dan American Express dan menyediakan resit digital segera sebagai sebahagian daripada komitmen Baiduri terhadap kelestarian alam sekitar.
Untuk meningkatkan penyelesaian dalam suasana dunia sebenar, dua pedagang Baiduri Tap2Pay iaitu Fiorise dan Heritage Bakwa, akan ditampilkan di gerai Baiduri di seluruh TechXpo. Pelawat boleh menikmati penjimatan eksklusif 5 peratus apabila membayar dengan Kad Baiduri, dengan perbelanjaan minimum $20 di Fiorise dan tiada perbelanjaan minimum di Heritage Bakwa.
Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong, berkata, “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada TechXpo 2025 kerana ia mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan pengalaman pelanggan. Dengan peningkatan AI generatif Emmi dan pelancaran Baiduri Tap2Pay, kami melangkaui jangkaan apa yang mampu dicapai dalam perkhidmatan menjadikan perbankan lebih mudah diakses, intuitif dan cekap untuk individu dan perniagaan.”


