Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tegakkan integriti perniagaan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Prinsip sifar toleransi terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah harus diberi penekanan serta pentingnya menegakkan integriti perniagaan dalam pelaksanaan sebarang aktiviti perniagaan, dengan tumpuan ke arah pengoptimuman kos dan pada masa yang sama memacu prestasi syarikat.

    Selain itu, para pemegang saham juga diseru untuk terus meneroka peluang pelaburan baharu dan mengenal pasti teknologi terkini untuk kekal berdaya saing.

    Perkara tersebut ditekankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dalam titah Baginda semasa mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei LNG Sdn Bhd ke-223 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) ke-109 bagi Suku Ketiga Tahun 2024 di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

    Terdahulu, keberangkatan Baginda Sultan dijunjung oleh Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, selaku ahli-ahli Lembaga Pengarah Brunei LNG dan BGC.

    Mesyuarat tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran.

    Mesyuarat juga dihadiri oleh pihak-pihak berkepentingan termasuk shareholder directors yang mewakili kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Shell plc dan Mitsubishi Corporation serta ahli-ahli kepimpinan dari Brunei LNG dan BGC.

    Turut dibincangkan pada mesyuarat itu, bidang-bidang penting seperti prestasi operasi, keselamatan, kewangan dan pembangunan tenaga manusia serta menetapkan hala tuju strategik untuk tahun-tahun akan datang bagi Brunei LNG dan BGC.

    Baginda akan mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah-pengarah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) ke-412 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah-pengarah Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) ke-190 bagi Suku Ketiga Tahun 2024, esok.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan titah semasa mempengerusikan Mesyuarat Brunei LNG ke-223 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah BGC ke-109 di Bangunan JPM, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei LNG Sdn Bhd ke-223 dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Brunei Gas Carriers Sdn Bhd (BGC) ke-109 bagi Suku Ketiga Tahun 2024 di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM), kelmarin. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah daripada pegawai Syarikat Brunei LNG dan BGC. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara ahli kepimpinan Brunei LNG dan BGC yang hadir pada mesyuarat tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda