Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Teh paling mahal di dunia

    GUWAHATI – Sejenis teh di negeri Assam yang jarang ditemui dijual pada harga rekod dunia di India, mencerminkan peningkatan permintaan terhadap teh istimewa ketika industri berkenaan dilanda krisis.

    Teh jenama Maijan Orthodox Golden Tea seberat 2 kilogram itu dijual pada harga 141,002 rupee, baru-baru ini. Seorang peniaga misteri dari Belgium membeli teh itu melalui ejen tempatan, kata seorang pegawai.

    Harga lelongan tertinggi

    Setiausaha Pusat Lelongan Teh Guwahati, Dinesh Bihani berkata, ia merupakan harga tertinggi lelongan sekali gus mengatasi harga 50,000 rupee sekilogram yang dibayar untuk teh Manohari Golden pada hari sebelumnya. Pembeli dari Jerman, Britain, Amerika Syarikat dan Iran aktif dalam pasaran Assam, manakala harga lebih tinggi dipercayai dibayar dalam jualan persendirian.

    Maijan Orthodox datang dari pokok-pokok teh berusia 100 tahun di ladang teh milik Assam Company India Limited yang merupakan antara perusahaan teh tertua di dunia. – AFP

    Teh jenama Maijan Orthodox Golden Tea seberat 2 kilogram itu dijual pada harga 141,002 rupee, baru-baru ini. – Agensi
    Maijan Orthodox datang dari pokok-pokok teh berusia 100 tahun di ladang teh milik Assam Company India Limited. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda