Peminat industri muzik dan filem sudah cukup mengenali kedua-dua individu, Angelina Jolie dan The Weeknd.
Baik karya lakonan Jolie atau penghasilan muzik, kedua-duanya memiliki kekuatan masing-masing.
Namun, apa yang menjadi tanda tanya apabila kedua-duanya dilihat menghabiskan masa makan malam bersama di restoran Giorgio Baldi, California, Amerika Syarikat.
Kedua-duanya memakai pakaian hitam sedondon dikatakan menghabiskan masa sekitar dua jam 30 minit di restoran tersebut.
Kemunculan bekas isteri aktor Brad Pitt bersama penyanyi lagu Blinding Lights di depan khalayak ramai buat kali kedua menjadi tanda tanya mengenai kebenaran hubungan mereka.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat mereka, aktiviti makan malam itu hanyalah sekadar perbincangan mengenai penghasilan sebuah drama siri terbitan HBO Max.
“Jika diperhatikan dengan teliti, mereka tidak berusaha menyembunyikan makan malam tersebut.
“Jika mereka bercinta mengapa hanya beberapa kali sahaja kedua-dua terlihat bersama terutama di depan umum,” kata sumber.
Walaupun tiada pengesahan mengenai rahsia sebenar hubungan mereka, peminat tetap mengharapkan yang terbaik bagi ibu kepada enam orang anak itu.
The Weeknd atau nama sebenarnya, Abel Makkonen Tesfaye sebelum ini pernah menjalin hubungan bersama Bella Hadid dan Selena Gomez. – Agensi