Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tekan kepentingan jaga berat badan melalui pemakanan sihat

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Seramai 120 orang pelajar Tahun 7, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA), baru-baru ini telah menghadiri Program Perasmian Kumpulan Bertindak A-Team Al Mansoura-PS3, dan Perasmian Hari Buah Sehari.

    Acara yang berlangsung di sekolah berkenaan telah dirasmikan oleh Pengetua Sekolah, Dayang Sinasuria binti Haji Ibrahim dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan e-poster dan pemenang pencipta logo A-Team AlMansoura.

    Antara lain objektif program berkenaan adalah untuk melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab dalam kepentingan menjaga berat badan yang seimbang dengan mengamalkan pemakanan yang sihat serta berkhasiat.

    Di samping itu, ia diadakan bagi menyuntik semangat dan motivasi warga sekolah untuk lebih menghargai kesihatan diri serta mengamalkan pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran berkhasiat yang boleh mencegah berat badan yang berlebihan.

    Acara tersebut turut diisikan dengan pameran mengenai pemakanan sihat bagi mencegah obesiti dari Pusat Promosi Kesihatan, perpustakaan dan juga A-Team SMSUA, dan turut dimeriahkan dengan permainan dan kuiz interaktif.

    Turut hadir pada acara itu ialah pegawai-pegawai dari Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan alumni mantan Ketua PRS sesi 2021, Awang Muhammad Haqeme Saifullah bin Abdullah yang juga telah berkongsi kejayaan dalam menangani masalah obesiti.

    Gambar ramai semasa acara yang berlangsung di SMSUA, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SMSUA
    Antara penuntut sekolah berkenaan semasa melihat pameran dari Pusat Promosi Kesihatan. – GAMBAR SERAHAN SMSUA
    GAMBAR SERAHAN SMSUA
    GAMBAR SERAHAN SMSUA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda