Wednesday, January 8, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tekanan air rendah di beberapa kampung di Daerah Tutong

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 6 JAN – Beberapa buah kawasan di Daerah Tutong berkemungkinan akan mengalami tekanan air rendah terutama kawasan-kawasan tanah tinggi.

    Ini adalah disebabkan kerja-kerja penyucian Tangki Bukit Ambok 1 & 2 pada 7 hingga 8 Januari bermula 8 pagi hingga kerja-kerja selesai.

    Kawasan yang terlibat adalah Kampung Petani, Kampung Keriam, Kampung Bang Singgong, Kampung Panchor Papan, Kuala Tutong, Kampung Serambangun, Kampung Kandang dan Kampung Lubok Pulau.

    Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada penduduk di kawasan yang terlibat untuk menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang permohonan pembekalan air tangki.

    Envato

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda